Definisi PSS
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Objektif
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
|
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
|
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
|
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran
|
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar - pelajar
|
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
|
1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
|
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
|
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
|
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
|
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
|
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
|
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
|
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
|
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
|
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.
|
No comments:
Post a Comment